
Beg kulit pastinya menjadi idaman ramai kerana kualitinya yang lebih
utuh, tahan lama dan pastinya tampak lebih mewah. Dan barangan kulit
biarpun tahan lasak namun masih perlukan belaian dan penjagaan yang
teliti. Perlu disimpan elok-elok, kerana selalunya barang kulit makin lama
makin cantik. Beg kulit mempunyai nilai vintaj tersendiri. Namun, tidak ramai yang tahu bagaimana
cara yang betul menjaga beg kulit.
Baca sampai habis untuk tau apa tips yang Adrani akan beri untuk menjaga beg
kulit
1. MENCUCI
Setiap barangan kulit yang telah digunakan perlu dicuci supaya kotoran
yang melekat tidak merosakkan kulit. Agak susah untuk mencari pencuci
yang sesuai dipasaran tetapi kami mempunyai produk yang berkesan dan
tidak merosakkan kulit!. Sapu bahagian kotoran di atas beg kulit
dengan menggunakan kapas dan pencuci khas untuk material kulit.
Setiap hari, pastikan anda mengelap beg kulit dengan sekali sapuan
sahaja sudah mencukupi. Ia demi memastikan beg kulit anda tahan
lama dan sentiasa tampak baru.
2. MENJAGA
Jika sudah dicuci, barang kulit mesti dijaga. Salah satu cara penjagaan
yang berkesan adalah dengan menyapu conditioner atau oil atau
kedua-duanya sekali. Penggunaan conditioner dan mink oil akan
membuatkan kulit tahan lebih lasak dan lama.
3. MENYIMPAN
Elakkan menyimpan beg kulit anda di dalam plastik atau beg jenis vinyl
pada tempoh masa yang lama. Jika ia disimpan pada jangka waktu yang
lama, plastik itu akan memerangkap kelembapan. Penggunaan plastik
untuk menyimpan beg anda hanya boleh menyebabkan beg kulit anda
berkulat. Untuk mengekalkan ketahanan beg anda, adalah disarankan
untuk anda menyimpan di tempat yang kering dan bersih seperti di dalam
‘dust bag’. ‘Dust bag’ digunakan untuk melindungi beg anda apabila anda
tidak menggunakannya. Bagi saya, saya lebih gemar untuk menyimpan
beg tangan kulit saya di dalam ‘dust bag’ kerana ia mampu mengekalkan
kilauannya. Jangan buang gel silika yang tersimpan di dalam dust bag
kerana ia demi mengelakkan masalah kulat. Berikan ruang udara sekali
dalam dua minggu untuk membantutkan pertumbuhan kulat di sekitar
beg kulit
4. JANGAN BIAR BEG KULIT ANDA TERDEDAH LAMA DI BAWAH CAHAYA MATAHARI
Meletakkan beg tangan anda di bawah sinaran matahari secara langsung
akan mengakibatkan warna beg kulit anda luntur dan keadaan beg mudah
merekah. Ini berikutan tindak balas terhadap haba yang melampau yang
tidak sesuai dengan bahan kimia pada beg tangan, sekaligus menjadikan
kondisi kulit tersebut keras dan mudah patah.
5. ELAKKAN MENGGUNAKAN PEWANGI
Untuk menjadikan beg anda tampak baru, elakkan menggunakan pewangi
berasaskan aerosol kerana ia boleh melunturkan warna serta merosakkan
kulit beg. Jika beg anda berbau, cuba hilangkan bau tersebut dengan
meletakkan soda pada dalam beg anda semalaman selama 24 jam.
Hasilnya, beg anda tidak lagi berbau bahkan beg anda akan berbau harum
seakan baru.
Anda boleh dapatkan "Leather Protection" dari Adrani hanya RM30 sahaja! Ingat pastikan anda menjaga beg kulit anda kerana beg kulit mempunyai nilai vintaj tersendiri. Lagi lama anda guna, lagi cantik tekstur kulitnya :)