Stay Home & Stay Safe. BUY ONLINE with us! Contact us for any enquiries! Fast Response --> Whatsapp NOW
Cart 0

MENGAPA ANDA PERLU BERUBAH KEPADA BEG KULIT?

MENGAPA ANDA PERLU BERUBAH KEPADA BEG KULIT?

Beg kulit pastinya menjadi pilihan setiap orang kerana ia berkualiti dan mempunyai gaya yang tersendiri. Beg kulit mempunyai pelbagai kebaikan yang dapat menarik orang ramai untuk berubah menggunakannya. 

Walaupun beg kulit semakin berkembang di pasaran, orang ramai masih tidak berani untuk mencubanya kerana bimbang dengan harga yang ditetapkan. 

Beg kulit agak mahal berbanding beg dari bahan lain namun penetapan harga beg ini ditetapkan berdasarkan kualiti kulit dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan beg kulit. Disini terdapat beberapa sebab mengapa anda sebagai pengguna perlu berubah mengunakan beg kulit.

#1 TAHAN LASAK


Dalam kehidupan seharian, pengguna beg yang aktif dan lasak tidak akan dapat elak geseran kecil yang sering berlaku keatas beg. Beg kulit dapat menahan geseran-geseran kecil. Ianya tidak akan memberi kesan yang kelihatan seperti kesan calar atau retakan yang kelihatan pada beg kulit. Beg kulit juga dapat mengekalkan tesktur dan warna walaupun beg terdedah kepada aktiviti yang lasak. Kualiti kulit yang digunakan juga amat penting untuk menunjukkan tahap kelasakan bagi beg itu.

#2 KUALITI

Beg kulit mempunyai kualiti gred yang tinggi kerana penghasilan beg kulit mengambil masa yang agak lama dan kebanyakan beg kulit dijahit menggunakan tangan (handmade) dan sentiasa mengekalkan imej yang baik di pasaran. Kualiti beg kulit yang baik akan memberikan kepuasan kepada pelanggan dan ini dapat menjadi salah satu faktor kepada perubahan orang ramai untuk menggunakan beg kulit. Corak dan saiz akan diperiksa dengan teliti kerana ianya akan melibatkan penggunaan kualiti kulit tulen sepenuhnya.

#3 TAHAN LAMA

Tahan lama merupakan salah satu ciri yang dicari untuk setiap beg tangan kerana beg yang mudah rosak dan reput akan mengakibatkan pelanggan merasa rugi untuk membelinya. Beg kulit adalah beg yang mempunyai ciri tahan lama dan dapat menarik minat pengguna untuk menggunakan dan membeli beg kulit. Beg kulit dapat digunakan dalam jangka hayat yang panjang kerana ianya tidak mudah rosak dan reput.

#4 TAMPAK MEWAH DAN EKSKLUSIF

Beg kulit dapat memberikan impak yang eksklusif dan mewah kepada pengguna kerana kelainan kain dalam penghasilan beg kulit ini memberikan kesan yang berlainan daripada beg yang menggunakan bahan beg yang biasa. Kesan ini dapat memberikan impak positif untuk pengguna berubah untuk menggunakan beg kulit secara meluas.

#5 MUDAH UNTUK DIJAGA DAN DIBERSIHKAN

Beg kulit lebih mudah untuk dijaga dan dibersihkan. Beg kulit diperbuat daripada bahan yang tidak mudah koyak, rosak dan lembut. Walaupun beg kulit dikatakan susah untuk dijaga namun pengguna tidak tahu bahawa ianya mudah untuk dibersihkan kerana ianya tidak mudah calar dan kotor. Beg kulit juga tidak mudah untuk luntur warna dan sentiasa mengekalkan kecantikan beg. Terdapat pelbagai losyen dan bahan cucian khusus untuk beg kulit yang boleh digunakan untuk mengekalkan kecantikan beg kulit.



Newer post