Stay Home & Stay Safe. BUY ONLINE with us! Contact us for any enquiries! Fast Response --> Whatsapp NOW
Cart 0

KENALI BEG TANGAN YANG ANDA ADA

Beg tangan atau handbag merupakan aksesori wajib setiap kali seorang wanita ingin keluar dari rumah. Tak kiralah di mana anda pergi pasti beg tangan menjadi peneman setia. Kunci rumah, kunci kereta, pelbagai barang peribadi, dompet malah resit lama pun pasti ada di dalam beg tangan anda. Jadi, mari kita kenali jenis beg yang kita ada serta kegunaannya.

#1 TOTE BAG

WhatsApp Image 2019-11-01 at 12.14.40 PM.jpeg

REKAAN :

Beg tangan jenis tote biasanya berbentuk segi empat dan bersaiz lebar. Pelbagai pilihan fabric seperti kulit, kanvas dan nilon pada beg tangan tote. 

KEGUNAAN :

Saiz besar dan lebar sesuai digunakan untu kanda ke pejabat atau kolej. Ruang yang besar memudahkan kita untuk membawa barangan yang banyak.


#2 BEG SILANG

833A1255.JPG

REKAAN :

Rekaan beg silang yang mempunyai tali beg yang panjang boleh membuatkan si pemakai untuk memakai secara bersilang atau memegang menggunakan tali pendek yang ada pada beg.

KEGUNAAN :

Untuk kegunaan harian seperti kemajlis kasual atau bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan. Kelebihan beg silang ini adalah mudah untuk dibawa dan digayakan.


#3 HOBO BAG

833A1159.JPG

REKAAN :

Mempunyai tali yang pendek dan hanya mempunyai satu zip untuk dikenali sebagai beg hobo. 

KEGUNAAN :

Beg hobo boleh digunakan dalam kegunaan seharian seperti ke pejabat, majlis kasual atau membeli belah. Ianya juga kelihatan lebih eksklusif dan banyak barang boleh di bawa didalamnya kerana ia mempunyai ruang yang besar.


#4 CLUTCH

REKAAN :

Rekaannya yang bersaiz kecil dan berbentuk panjang serta menggunakan butang tutup berbanding zip.

KEGUNAAN :

Clutch sesuai untuk kelihatan anggun dan moden di majlis rasmi kerana terdapat pelbagai jenis clutch yang mempunyai jahitan, corak atau yang diletakkan dengan manik yang boleh menaikkan seri clutch untuk menampakkan lebih bergaya.


#5 BUCKET BAG

REKAAN :

Diilhamkan dari bentuk uncang dan ‘bucket bag’ mempunyai satu tali panjang yang disediakan untuk digalas di bahu dan tidak mempunyai zip. Zip digantikan dengan tali pengikat untuk diselaraskan.

KEGUNAAN :

Ianya sesuai untuk gadis remaja untuk kekolej atau bersantai bersama rakan-rakan. Dengan saiz yang panjang dan luas membolehkan barangan seperti kasut atau bekas makanan juga mampu diletakkan di dalamnya.





Older post Newer post