Stay Home & Stay Safe. BUY ONLINE with us! Contact us for any enquiries! Fast Response --> Whatsapp NOW
Cart 0

JOM KENALI PERSONALITI DIRI ANDA MENGIKUT JENIS BEG YANG ANDA SUKA!

Sudah biasa orang menilai personaliti kita melalui cara lilitan tudung, pakaian, warna rambut dan sebagainya, namun pernah tak kita tahu bahawa beg tangan yang kita gunakan seharian juga dapat menunjukkan personaliti kita? Jom kenali personaliti diri kita melalui beg tangan.

#1 TOTE BAG

WhatsApp Image 2019-12-02 at 3.51.08 PM.jpeg

Tote beg mempunyai tali pemegang yang panjangnya sekadar untuk disangkut di bahu sahaja. Ia menunjukkan wanita itu tangkas dan ringkas. Selalunya wanita yang menggayakan Tote bag ini tidak mempunyai masa untuk diri sendiri (me time). Sibuknya wanita yang menyukai tote beg ini!

#2 HOBO BAG

WhatsApp Image 2019-11-16 at 9.24.31 AM.jpeg

Hobo beg merupakan beg yang mempunyai saiz yang lebih kurang dengan tote beg. Walaupun saiz yang lebih kurang, namun wanita yang memakai hobo beg masih mementingkan gaya dan fesyen. Meskipun sibuk dalam kehidupan seharian, wanita ini tetap mahu menampakkan dirinya kelihatam bergaya dimata orang.

#3 CLUTCH

WhatsApp Image 2019-12-05 at 11.35.32 AM.jpeg

Clutch atau lebih dikenali sebagai beg kepit mempunyai ciri-ciri yang glamor, klasik dan ringkas. Menggunakan beg ini akan menghadkan wanita daripada membawa barang yang banyak kerana clutch mempunyai ruang yang terhad. Wanita yang memakai beg ini boleh dikategorikan sebagai seorang yang mempunyai ‘high taste’ dalam fesyen. Namun, boleh dikatakan bahawa orang yang gemar memakai clutch ini sebenarnya minimalis, sangat teliti dan teratur kerana hanya barang-barang yang penting sahaja dibawa. Apa sahaja barang yang dibawa oleh mereka?

#4 BEG SILANG

WhatsApp Image 2019-12-10 at 4.06.23 PM.jpeg

Beg silang selalunya dibawa dan digunakan oleh kalangan remaja kerana bentuk yang ‘simple’ dan tidak keterlaluan. Walaupun ianya agak ringkas namun masih mampu menampakkan gaya yang elegant dan menarik untuk si pemakai. Boleh dikatakan wanita yang menyukai beg silang ini adalah seorang yang moden dan ringkas. Betul ke?

#5 BEG SANDANG (BACKPACK)

833A1373.JPG

Beg sandang lebih digemari oleh pelajar sekolah yang menunjukkan merek ini aktif, mementingkan keselesaan dan sentiasa bersifat ceria. Namun, kini orang yang bekerjaya juga telah mencuba untuk menggunakan beg jenis ini kerana ianya mudah untuk dibawa. Selain itu, wanita yang menggunakan beg sandang ini juga dikatakan seorang yang tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baharu dan hidup dengan berkeyakinan untuk meneroka alam seorang diri. Hebatnya!

#6 SATCHEL

WhatsApp Image 2019-12-07 at 9.45.30 AM.jpeg

Satchel adalah sejenis beg yang rupanya hampir sama dengan beg bimbit (briefcase) Cuma rekaannya lebih ranggi serta mempunyai penutup beg berkancing. Mempunyai dua fungsi penggayaannya iaitu tali panjang yang boleh digunakan untuk silang dan tali pendek yang dibahagian atas untuk dibimbitnya. Satchel adalah symbol ikonik untuk wanita yang berkerjaya. Wanita yang menyukai beg ini menunjukkan dia seorang yang bijak menguruskan masa, teratur serta pandai mengimbangi kehidupan professional dan peribadi.



Older post Newer post